31 December 2012
Masa Yang Diberi Kepada Kita Dikurniakan Sesaat Demi Sesaat. Maka Kita Perlu Menggunakannya Sesaat Demi Sesaat :)
// Nadiathul Azman
Hi

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.

Entries About Stuff



Tapak


Tulislah yang baik-baik, walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk.

 Peminat
No harsh word here
URL blog not email
Please be nice
Respect others site


Kebelakang


Credits

Template By: Nurul AtiQah
Edited By: Nadiathul Kamaliah
Others:   



Selamat Tinggal :')

Assalamualaikum Warahmataullahi Wabarakatuh :)
Hai readers :)

Memohon keampunan dari Allah SWT. Yang banyak memberi nikmat tetapi selalu tidak aku syukuri. Yang sentiasa memakbulkan doa aku tetapi sering aku lalai mengingati-Nya. Sentiasa tidak berterima kasih dan tidak menghargai apa yang aku miliki. Sentiasa tidak merasa puas dah cukup. Apa yang terjadi kerana salah aku sendiri :')

Aku tidak salahkan takdir. Takdir yang aku pilih sendiri. Allah sudah mengurniakan aku seorang lelaki yang terbaik tetapi aku menolaknya waktu dulu ketika dia masih sayangkan aku. Sekarang sudah terlambat. Maka takdir mengatasi tadbir. Saat ini, bila aku sedar dari kesalahan aku, takdir sudah berubah. Masa tidak boleh dipusing ke belakang semula. Benarlah orang tua kata 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'

Aku redha dengan takdir-Mu. Aku pasrah. Tidak akan gugur sehelai daun pun tanpa izin-Nya. Semua dalam pengetahuan-Nya. Terima kasih Ya Allah kerana menyayangi aku. Terima kasih kerana menyelamatkan aku. Kehilangan dia, satu tamparan yang hebat buat aku. Rupa-rupanya itu tanda kasih sayang dan kekuasaan Allah. Dikecewakan aku & dilemahkan fizikal dan mental untuk aku sedar. Aku tidak mempunyai sesuatu yang menjadi hakku. Semuanya itu milik-Nya yang hanya dipinjamkan buat sementara waktu.

Saya tidak lupakan awak. Tidak akan selamanya-lamanya. Saya bahagia mengenal diri awak. Saya bahagia mencintai awak. Mencintai awak secara diam-diam.
Mencintai seseorang yang tidak tahu dirinya dicintai :')

"Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! Tidaklah Allah sesuatu memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya"
-Riwayat Muslim.



0 Comments:

Post a Comment