31 December 2012
Masa Yang Diberi Kepada Kita Dikurniakan Sesaat Demi Sesaat. Maka Kita Perlu Menggunakannya Sesaat Demi Sesaat :)
// Nadiathul Azman
Hi

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.

Entries About Stuff



Tapak


Tulislah yang baik-baik, walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk.

 Peminat
No harsh word here
URL blog not email
Please be nice
Respect others site


Kebelakang


Credits

Template By: Nurul AtiQah
Edited By: Nadiathul Kamaliah
Others:   



Sabar Itu Perlu Tapi Ada Batas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Dalam Islam, Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa sabar adalah suatu kondisi mental dalam mengendalikan nafsu yang tumbuhnya atas dorongan ajaran Islam. Dengan kata lain sabar ialah tahap tegaknya dorongan agama berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorongan agama ialah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenal Allah, Rasul serta mengamalkan ajaran-Nya. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan-keinginan rendah yang minta di laksanakan. Nabi SAW mengajarkan bahawa, "Sabar itu umpama cahaya matahari". Maksud? Matahari itu sifatnya panas, tetapi kepanasan itu dapat menyuburkan tanaman di muka bumi ini.

Kita nak jadi jahat, sekelip mata. Nak jadi baik, bertalu-talu ujian melanda Allah datangkan. Orang memarahi kita, memfitnah kita, membuka aib kita, memaki kita, membebel pada kita, mengumpat kita dan berbagai lagi. Jahat seseorang dulu tak semestinya dia jahat pada masa sekarang. Manusia boleh berubah. Hati pon boleh berubah. Semua tu Allah yang pegang. Biarkan apa orang nak kata, pentingkan apa yang Allah nak kata. Buat baik pun orang kata, buat jahat lagi lah orang kata. Mulut manusia. Biarlah apa orang nak kata selagi kita tahu apa yang kita buat betul dan baik disisi Allah dan Rasul. Hidup ini penuh drama. Sampai bila nak ambil kisah dengan orang yang hanya tahu kritik dan terus dikritik. Dalam hidup ini, setiap manusia rezekinya tidak sama, jodohnya tidak sama, ada yang sentiasa untung dan murah rezeki dan ada yang tidak. Satu hal lagi perlu tahu, perjalanan hidup setiap makhluk Allah itu tidak sama. Jadi, siapa kita? Yang memberi dosa pahala itu Allah SWT bukan manusia. Bukan awak, saya mahupun orang lain. Pada kemiskinan seseorang, mugkin ada bahagia. Pada kekayaan seseorang mungkin ada masalah. Dunia ini adil. Soal hati. Dengan sehabat. Mana datang perasaan yang tiba-tiba tu? Terasa. Sebab tak kira baik ke, buruk ke seseorang tu, bila dinamakan makhluk Allah dia tetap ada hati dan perasaan. Abaikan orang sekeliling kata. Jangan pula kita balas balik apa yang mereka buat pada kita biarpun kadangkala dia tu lebih teruk dari kita. Boleh tegur, tapi biarlah dari segi nasihat. Tegurannya pula perlu tepat pada setiap kesalahannya. Jangan buat memandai. Jangan nak ikut ego dan emosi amarah pulak. Kerana kita perlu menegur dan bukannya menilai. Berdosa kita apabila seseorang terasa hari dengan kita. 

Roda itu berputar. Akan tiba suatu masa nanti orang lain pua yang akan ambil alih tempat kita. Jangan jadikan pandangan mata seperti mata lalat yang hanya mencari seseuatu yang busuk dan buruk. Jadikan pandangan mata seperti mata lebah yang juga memandang pada keharuman serta keindahan. Bagaimanakah kita sekarang? Jangan pernah menyalahkan sesuatu atas apa yang berlaku. Kebaikan jadikan sandaran, keburukan jadikan sandaran. Itulah yang dinamakan realiti kehidupan.

Sabar diantara perkara yang mudah diceritakan tapi susah diamalkan. Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati dan hati itu pula ada hubungannya dengan perasaan. Lidah yang hanya mampu berkata-kata tanpa henti hanya punya sentuhan dan bukannya perasaan. In Shaa Allah, redhalah pada sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang tidak di sangka. Tak ramai antara kita yang boleh ungkapkan sabar dan dia betul-betul maksudkannya. Kenapa? Kerana sabar itu tak semudah percakapan. Hidup ini tak juga semudah kata-kata. Kadangkala ia menuntut air mata tapi ianya bukanlah satu alasan untuk menyerah kalah. Tidak semua orang mampu bersabar. Tidak semua orang sama tahap kesabaran. Tidak semua orang mampu menahan kemarahan dengan kesabaran. Kerana setiap orang itu berbeza kita perlu bersama untuk saling melengkapi untuk mendidik kesabaran dalam diri jika dia mampu untuk bersabar mengapa kita tidak. Namun, positifkan fikiran ini bukan luahan tetapi realiti kehidupan. Pasti ada yang pernah melaluinya.
Pesan Ustaz Kazim Elias, ketika kamu berasa sedih pejamkan matamu dan katakan dalam hatimu "Inilah perjalanan hidupku. Allah Taala letakkan aku disini. Semua ini perancangan Allah. Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini  kerana aku percaya diatas setiap ketepatan-Nya. Dan aku terima Qada' dan Qadar diriku. Sesungguhnya, setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Terima kasih Ya Allah. Kerana mengasihaniku" Selepas itu, buka matamu dan senyumlah. 



0 Comments:

Post a Comment