31 December 2012
Masa Yang Diberi Kepada Kita Dikurniakan Sesaat Demi Sesaat. Maka Kita Perlu Menggunakannya Sesaat Demi Sesaat :)
// Nadiathul Azman
Hi

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.

Entries About Stuff



Tapak


Tulislah yang baik-baik, walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk.

 Peminat
No harsh word here
URL blog not email
Please be nice
Respect others site


Kebelakang


Credits

Template By: Nurul AtiQah
Edited By: Nadiathul Kamaliah
Others:   



Tanda Seseorang Itu Sedang Berbohong

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


Hai selamat pagi buat kakanda adinda tercinta. Fuhhh pagi-pagi dah mula ber-blogging. Burung-burung pun baru berkicauan kat luar. Nampak tak semangat kat situ? Nampak tak nampak tak? 

Okay harini iols nak share dengan uols tanda-tanda seseorang itu sedang menipu. Siapa tak pernah tipu kita kan? Semua orang pernah. Budak kecik yang nak membesar tu pon tahu menipu, inikan pulak kita yang dah meningkat remaja atau dewasa. Jom usha!

1) Menutup mulut.
Ada sesetengah orang tidak perasan dengan meletakkan tangan di atas mulut mereka ketika sedang berbohong. Ini merupakan satu tindakan balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

2) Kerap menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila orang yang bercakap dengan anda kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi jangan salah sangka pula pada orang yang sememangnya ada penyakit resdung.

3) Gagap
Biasanya seseorang yang selalunya bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya. Kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. Jadi, jika anda bertanya soalan dalam keadaan tanpa tekanan pada seseorang dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

4) Pergerakan mata
Orang yang sedang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan matanya kurang dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya tanpa sebab, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak normal.

5) Resah
Orang yang berbohong biasanya tidak duduk diam. Asyik mahu mengubah-ubah postur badannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan seseorang itu sedang berbohong.

6) Melengah-lengahkan jawapan
Biasanya orang yang sedang berbohong berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongnya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berbohong.

7) Iris mengecil
Tahu tak iris tu apa? Iris itu benda kecil warna hitam yang ada di tengah-tengah mata hitam manusia. Kalau anda nak tahu, orang yang sedang menipu irisnya akan mengecil kerana dia memaksa mata dia untuk pandang tepat ke arah kita. Orang yang menipu dia tak boleh buat eye contact. Percayalah!

So, konklusinya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dia dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. 

Harap awak-awak semua dapat mengesan orang yang selalu menipu diri awak di sekeliling :)
Publish!



0 Comments:

Post a Comment