Hi
![]() ![]() Tapak ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Kebelakang Credits |
Kisah Sukarelawan Malaysia Di Palestine Ditegur Anggota Briged Al Qassam ![]()
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)
Kehebatan Briged Al Qassam dalam berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan Palestine di Gaza memang amat digeruni oleh tentera rejim zionis Israel Laknatullah.
Dalam berjuang mempertahankan Palestine, Briged Al Qassam amat menitikberatkan disiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT sehingga setiap anggota diwajibkan untuk sentiasa solat berjemaah dan menghafaz surah-surah dalam Al-Quran.
Kisah di bawah ini di copy-paste daripada FB sebagai perkongsian buat semua pembaca.
Sehinggalah menjejak kaki di bumi Gaza. Apabila ditegur oleh seorang anggota Al Qassam semasa pergi ke kem di Jabaliya.
Soalan pertama di tanya, "Anta hisap rokok tak?" saya menjawab "Hisap di Malaysia. Di Gaza tak hisap lagi." Lepas itu dia senyap dalam 3-4 minit. Saya tunggu soalan yang seterusnya. Kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua.
Mungkin dia takut saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya. Kemudian, dia menarik nafas dalam-dalam, baru dia bertanya semula "Anta sayang tak Rasulullah?." Saya dengan pantas menjawab, "Mana mungkin tidak sayang. Mestilah sayang!"
Dia kemudian memberi penerangan, "Kalau sayangkan Rasulullah, kita tidak akan buat apa yang Rasulullah tidak suka buat. Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap. Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk."
Katanya lagi, "Agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka. Rasulullah sayang tak dengan kita?."
Saya senyap terus. Air mata mengalir. Berasa sebak dan pilu dalam hati. Selepas hari tu sehingga kini, saya dah tidak menyentuh rokok. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak pon saya tak mahu.
Kredit; Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff
![]()
Sekadar pengajaran buat kita semua,
|
2 Comments:
bagus sangat perkongsian cerita ni..tq ye..
Allahuakbar. :( kadang-kadang kita terlupa kesalahan diri sebab sibuk nampak yang lain. Hmm
Post a Comment