31 December 2012
Masa Yang Diberi Kepada Kita Dikurniakan Sesaat Demi Sesaat. Maka Kita Perlu Menggunakannya Sesaat Demi Sesaat :)
// Nadiathul Azman
Hi

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.

Entries About Stuff



Tapak


Tulislah yang baik-baik, walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk.

 Peminat
No harsh word here
URL blog not email
Please be nice
Respect others site


Kebelakang


Credits

Template By: Nurul AtiQah
Edited By: Nadiathul Kamaliah
Others: ♥ ♥ ♥



Budak Akaun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


Result pt3 boleh tahan cukup cukup makan so please jangan tanya aku dapat berapa A berapa F :nervous: kebetulan duit brim 100 dah dapat kan. Okey lari topik. Ahad lepas dah mula sekolah, sayalah pelajar tingkatan 4 2015 hahahahaha takpe aku muda lagi kikikiki. Pasal dapat kelas apa jangan cakap dengan result macam nokharom kan hehehe. So, dapatlah kelas prinsip akaun ermmmm. Actually, aku minat sains.Sebab cita-cita pon nak jadi doktor kan. Tapi family pulak suruh kekalkan kelas akaun. Banyak lah benda nak kene faham since dah masuk form 4 ni macam subjek akaun dengan add math. Tapi kelas sains kompom nak kene faham kimia, bio, fizik dab lain-lain. Boleh meletup :/ alhamdulillah akaun pon akaun lah. Asalkan boleh faham. Next year dah spm. Kalau spm dimansuhkan hmmm okey tak akan terjadi punya lah hahahahaha. Tataaaaa!



#PrayForPantaiTimur


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu."
Surah Hud, ayat 44

p/s; semoga rakyat pantai timur tabah menghadapi ujian Allah swt. Ada hikmah disebalik kejadian ni. In Shaa Allah, keadaan semua akan kembali kepada asal suatu hari nanti. Aamiiin.



Result Pt3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


Actually berdebar rasa hati ni bila teringat kan result pt3 nak keluar 22/12 hari isnin, lagi tiga hari woi :cry: You know wht, aku tak rasa papa. I dont knw why :| tak fikir pon pasal result tu padahal semua kecah pasal result. And and and i was like, erm cepat betul dah nak amek result. Tak rasa aku lulus tapi entahlah, time exam soalan pon entah pape. Aku jawab pon entah pape lah hehehe. Kalau k kalau tahun 2015 pt3 dimansuhkan, konfem aku mengamuk habis. Takkan batch kita je kene hadap semua ni? Ingat kitaorang ni bahan uji kaji ke :furious: oh pleaseeeee!!!!! Bye!!!!!



Kita Sempurna Sangat Ke?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)



Kita sebagai manusia, tak ada yang sempurna. Semua orang ada kekurangan dan kelebihan. Kadang-kadang tak faham dengan orang yang rasa diri tu tersangatlah sempurna. Cakap kat orang "Eh pikir diri tu dah perfect sangatlah?" tapi kau tak sedar diri kau tu pon tak sempurna. Sibuk komen tentang diri orang kat fb, post macam macam. Hentam sana sini. Tapi bila orang buat kat kau? Tahu pulak marah. Sibuk cakap "Muhasabah kan diri tu dulu" amboi. Solat tu cukup ke lima waktu sehari? Malas nak cakap lah kalau ada orang macam ni. Nak kata kurang kasih sayang, tak juga. Hidup tu katanya dah terlalu sempurna kan.
Orang disana disanjung tinggi, walau ada salah dibutakan mata hati, pekakkan telinga. Tapi, bila orang disini ada salah, dihentam. Tapi orang tu tak sedar yang disana tulah banyak rahsia tersembunyi.
"Terlalu inginkan kesempurnaan bakal merosak diri. Sebaiknya sempurnakan diri sendiri sebelum mengharap kesempurnaan dari orang lain. Seperti berdiri dihadapan sebuah cermin. Imej yang dipantulkan di cermin itulah hasil daripada apa yang kita paparkan di depan cermin. Jika cantik, maka cantiklah imej yang ditunjukkan. Jika buruk, maka buruklah juga imej yang terpapar di cermin itu."



Inai Homemade

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


Sekarang dah ramai kan pakai inai. Inai 'colgate', inai daun. Tapi ade jugak orang pakai inai homemade. First nampak kawan pakai. Warna pink. Lawa. Ingat kan pakai kuitik, rupanya tak. Katanya buat sendiri. Takkan guna inai daun pulak kan? Puas buat research kat google. Dari bahan-bahan dia, cara dia senang je nak buat. Petik jari je tau!

Bahan-bahan;

1. Pencuci pinggan, sabun axion.
2. Mangkuk kecil.
3. Sudu kecil dan sudu besar.
4. Kapur sireh.
5. Pewarna makanan.

Tak banyak pon bahan-bahan dia.

Cara-cara;

1. Ambil 1 sudu besar sabun axion. Kemudian pindahkan ke dalam mangkuk.
2. 1/2 sudu kecil kapur sireh. Campurkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pewarna makanan. Tak kisah nak warna apa. Tapi jangan letak banyak sangat. Nanti cair.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Ratakan ke atas kuku menggunakan cotton bud.

CONTOH

p/s; Inai ini tak melekat pada kulit, so korang jangan risau. Dia hanya melekat di kuku sahaja. Tetapi pada sesiapa yang sensitif bila terkena kapur sireh dia akan rasa pedih-pedih. Sakit nye tu boleh tahan. Umpama terkepit kuku di celah pintu.
Sebab sebelum ni ada kes seorang kanak-kanak beli inai homemade kat kedai. Kuku kanak-kanak tu mereput dan bertukar warna hitam. Bahaya!



PT3 Dah Habis Bro!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


PT3 DAH HABIS DAH FREEDOM 'SIKIT'

SAYA KEMBALI
KEMBALI
DAN
KEMBALI
!!!

OKBYE



Apa Boleh Buat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


Sakit hati?
Pasrah?
Mengalah?
*angkat bendera putih*
Tak boleh buat apa lah. Tolak perasaan tu ke tepi. Lupakan apa yang dah berlaku. Kebahagiaan akan datang dengan sendiri kalau kita kuat. Kan?

Now, fokus. Exam pt3 just around the corner. Lagi beberapa minggu / hari je lagi.
OooooEmmmmmJiiii

Bye.



Tips; Hilangkan Kesan Hitam Pada Tapak Seterika

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


Sebenarnya kan kan kan, aku pon baru tahu pasal ni. Kalau tapak seterika tu ade hitam aku biarkan je tak pon tonyoh dekat iron board dengan perasaan geram sambil buat muka tak puas hati dan aku tak pernah lagi kikis guna pisau semata-mata nak hilangkan hitam tu hahahahaha. 
Kat bawah ada tips macam mana nak hilangkan kesan hitam tu.

Bahan;

Beberapa sudu garam. Apa-apa jenis garam pon boleh guna. Taknak guna sudu boleh. Nak letak satu paket garam atau satu kilang garam pon boleh. K abaikan hahaha :D

Cara-cara;

1. Hidupkan seterika dengan kepanasan sederhana. Biar sampai panas menggelegak hehehe gurau je
2. Lepas tu, letak garam dan gosok sampailah kesan hitam pada tapak seterika tu hilang.
3. Matikan seterika. Tunggu sampai sejuk.
4. Lap tapak seterika tu dengan kain yang lembap.
5. Siap dan lihat hasilnya.

Jom sama-sama kita buat!
Bye



Troll Maybank

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Embedded image permalink 

Embedded image permalink Embedded image permalink

Embedded image permalink 

Embedded image permalink 

Embedded image permalink

Kadang-kadang aku terfikir jugak, dia orang ni tak kesian ke troll maybank sampai macam ni. Apa salah maybank?
Kadang-kadang aku terfikir jugak, siapalah admin maybank ni yang sanggup melayan kerenah diaorang ni yang gila-gila.
Dalam diaorang troll maybank ni, lawak pon ada. Aku baca sendiri dah tergelak guling-guling.
Hahahahaha
Harap bersabar lah ye admin maybank.



Holiday

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Hi dah lame tak update blog ni.Seminggu pergi dolan-dolan tak ingat dunia hahaha. Khamis lepas, pergi perak. Balik kampung kateko. Setelah setahun tak balik perak hm. 
Esok hari, petang-petang pergi mandi sungai. Takda orang hm baru lah teringat hari jumaat. Die orang sekolah. Kita orang johor, Johor cuti jumaat sabtu. Iyooooolahhhhhhhhh

 

Aku nak cakap, bila family kitaorang balik perak boleh katakan setiap hari kitaorang makan ikan keli. Tak jemu pon makan hari-hari. Nak gemok punya pasal. Ahad dah balik. Sedih memang sedih, bila nak salam nenek tengok mata dia dah berair :')
 Hari ahad sampai selasa pergi port dickson pulak. Best lah jugak, pergi laut, makan steamboat, makan ikan bakar. 
Selasa petang gerak pergi nogori sombilan, ghombau most wanted. Rabu pulak pergi mandi air terjun!!! Kat mana? Hutan lipur Jeram Toi, Jelebu. Serious best gile. Bukan selalu dapat mandi manda ni. Hahahaha

 

Ni jelah gambar yang boleh dikongsikan.
Dan sekarang aku rasa aku makin hitam. Tak hitam sangatlah cokelat gitu.

Bye



Coming Soon; Trial PT3!




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Oooooo Emmmm Jiiiii
Counting days. Trial PT3 around just around the corner babe.
But, i didn't study at all.
I still blogging, tweeting, music, handphone and im still playin' around ugh.
Seriously, PT3 is killing me. Bukan saya sahaja, everyone who was born at 99's.
And i was like, cepat betul masa berlalu hm haih.

I want pass in subject math hahaha.
Wish me luck for trial pt3 on sunday until thursday next week :)
Pray for me.
Thank you.



Hari Ini, 31 Ogos. Merdeka!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)
Selamat menyambut hari kemerdekaan! 
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
image
"Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"
Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-57

Embedded image permalink

Embedded image permalink

31st Aug Independence Day, Malaysia.
#IniMalaysiaKita
#ProudToBeMalaysians
#DiSiniLahirnyaSebuahCinta

Apa erti kemerdekaan bagi anda?



Selamat Pulang dan Tenanglah #MH17 Al-Fatihah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Pagi lagi dah bangun semata-mata nak tunggu siaran langsung istiadat penghormatan MH17. Entah kenapa rasa sebak tiba-tiba walaupun mereka bukan dari ahli keluarga kita tetapi sudah semestinya kita sebagai rakyat Malaysia akan berasa sedih kan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

''@NajibRazak; No words can express the sense of loss in seeing the bodies return, my prayers are with the victims and families oh #MH17"

Alhamdulillah setelah 36 hari akhirnya tiba juga jenazah yang ditunggu oleh rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga mangsa MH17. Kepulangan yang dinantikan.

Embedded image permalink 

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Ahmad Hakimi Hanapi
Embedded image permalink
Embedded image permalink
Embedded image permalink

Embedded image permalink

Ariza Ghazalee & Muhammad Afifi Tambi
Embedded image permalink

Embedded image permalink

Al-Fatihah
Sesungguhnya setiap cara dan ajal manusia kembali
Telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Redha dan berdoa.
Dimana kita berada, jika bersembunyi disebalik benteng sekalipun.
Jika Allah memanggil pulang, pergilanh dengan tenang.
Semoga roh tenang disana. Aamiiin

Embedded image permalink

"Yang terbang tak semestinya pulang ke sarang, mungkin terbang ke tempat yang lebih indah."



Senarai Nama Kumpulan Pertama Jenazah Mangsa MH17


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Umum bahawa esok hari jumaat, 22 Ogos 2014 adalah Hari Perkabungan Negara. 20 jenazah akan dibawa pulang ke Malaysia esok. Pastinya kepulangan ini yang dinantikan oleh keluarga mangsa walaupun hanya jasad. Sekurang-kurangnya ia dapat melepaskan rasa lega melihat orang yang tersayang sebelum dikebumikan walau dalam keadaan apa sekalipun. Antara senarai 20 jenazah mangsa MH17,

Anak kapal;
1. Mastura Mustafa (P)
2. Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4. Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5. Dora Shahila Kassim (P)
6. Lee Hui Pin (P)
7. Angeline Premila Rajandaran (P)
8. Chong Yee Pheng (P)
9. Azrina Yakob (P)

Penumpang;
10. Foo Ming Lee (L)
11. Karamit Singh Karnail Singh (L)
12. Ng Qing Zheng (L)
13. Mabel Anthony Samy (P)
14. Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
15. Elisabeth Ng Lyeti (p)
16. Ariza Ghazalee (P)
17. Muhammad Afif Tambi (L)
18. Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
19. Mohd Ali Md Salim (L)
20. Hasni Hardi Parlan (L)


Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga Allah menempatkan mereka dikalangan orang yang beriman dan semoga ahli keluarga mangsa MH17 kuat dan tabah menghadapi ujian Allah SWT ini. Aamiiin.

Semoga segala urusan pada hari esok akan dipermudahkan. In Shaa Allah :')



Mengapa Hati Tidak Bahagia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Kunci 3K ialah "Kejayaan, Kekayaan dan Kebahagiaan" yang datangnya dari hati yang bahagia dan tenang. Tetapi ada juga di kalangan kita yang hidupnya kurang bahagia. Kenapa? Apa penyebab utama yang menghilangkan kebahagiaan di hati kita? Di bawah ada senarai sifat-sifat yang membuatkan hati kita tidak bahagia.

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat yang paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendan hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengki kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga. Lagipun, orang yang tamak selalu rugi. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Mungkin ada hak orang lain di situ.

6. Tidak sabar
Andainya, perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego.
Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak. Takabbur dengan apa yang kita ada.

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Jadi letakkan lah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Perkongian untuk semua.



30 Orang Pertama Dalam Islam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Kenal Alexander Graham Bell? Kenal perdana menteri Malaysia yang pertama? Kenal siapa orang pertama menjadi Muazzin dan melaungkan azan? Kenal orang pertama yang menjadi khalifah? Kenal wanita pertama yang mati syahid? Di bawah ada senarai 30 orang pertama dalam Islam. Jom kita usha sikit!

  • Orang yang pertama menulis Bismillah; Nabi Sulaiman A.S
  • Orang yang pertama minum air zamzam; Nabi Ismail A.S
  • Orang yang pertama berkhatan; Nabi Ibrahim A.S
  • Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari kiamat; Nabi Ibrahim A.S
  • Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari kiamat; Nabi Adam A.S
  • Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah; Sayyidatina Hajar
  • Orang yang pertama dibangkitkan pada hari kiamat; Nabi Muhammad S.A.W
  • Orang yang pertama menjadi khalifah Islam; Abu Bakar As Siddiq R.A
  • Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah; Umar Bin Al-Khattab
  • Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam; Al-Hasan Bin Ali R.A
  • Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad S.A.W; Thuwaibah R.A
  • Orang yang pertama mati syahid dalam Islam dari kalangan lelaki; Al-Harith Bin Abi Halah
  • Orang yang pertama mati syahid dalam Islam dari kalangan wanita; Sumayyah Binti Khabbat
  • Orang yang petama menulis hadis di dalam kitab/lembaran; Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash
  • Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah; Saad Bin Abi Waqqas
  • Orang yang pertama muazzin dan melaungkan azan; Bilal Bin Rabah
  • Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah S.A.W; Ali Bin Abi Talib
  • Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi S.A.W; Tamim Ad-dary
  • Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah; Az-Zubair Bin Al-Awwam
  • Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad S.A.W; Ibban Bin Othman Bin Affan
  • Orang yang pertama beriman dengan Nabi Muhammad S.A.W; Khadijah Binti Khuwalid
  • Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh; Imam Syafei RH
  • Orang yang pertama membina penjara dalam Islam; Ali Bin Abi Talib
  • Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam; Muawiyah Bin Abi Sufyan
  • Orang yang pertama membuat perpustakaan awam; Harun Ar-Rasyid
  • Orang yang pertama mengadakan Baitumal; Umar Al-Khattab
  • Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah S.A.W; Ali Bin Abi Talib
  • Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah; Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
  • Orang yang pertama digelar Al-Muqry; Mus'ab Bin Umair
  • Orang yang pertama masuk ke dalam syurga; Nabi Muhammad S.A.W
Perkongsian ilmu untuk kita. Sharing is caring :)



Kisah Sukarelawan Malaysia Di Palestine Ditegur Anggota Briged Al Qassam


Briged Al-Qassam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Kehebatan Briged Al Qassam dalam berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan Palestine di Gaza memang amat digeruni oleh tentera rejim zionis Israel Laknatullah.

Dalam berjuang mempertahankan Palestine, Briged Al Qassam amat menitikberatkan disiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT sehingga setiap anggota diwajibkan untuk sentiasa solat berjemaah dan menghafaz surah-surah dalam Al-Quran.

Kisah di bawah ini di copy-paste daripada FB sebagai perkongsian buat semua pembaca.

Sehinggalah menjejak kaki di bumi Gaza. Apabila ditegur oleh seorang anggota Al Qassam semasa pergi ke kem di Jabaliya. 
Soalan pertama di tanya, "Anta hisap rokok tak?" saya menjawab "Hisap di Malaysia. Di Gaza tak hisap lagi." Lepas itu dia senyap dalam 3-4 minit. Saya tunggu soalan yang seterusnya. Kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua.
Mungkin dia takut saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya. Kemudian, dia menarik nafas dalam-dalam, baru dia bertanya semula "Anta sayang tak Rasulullah?." Saya dengan pantas menjawab, "Mana mungkin tidak sayang. Mestilah sayang!"
Dia kemudian memberi penerangan, "Kalau sayangkan Rasulullah, kita tidak akan buat apa yang Rasulullah tidak suka buat. Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap. Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk."
Katanya lagi, "Agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka. Rasulullah sayang tak dengan kita?."
Saya senyap terus. Air mata mengalir. Berasa sebak dan pilu dalam hati. Selepas hari tu sehingga kini, saya dah tidak menyentuh rokok. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak pon saya tak mahu.



Sekadar pengajaran buat kita semua,



Tutorial; Buang Disable Right Click For Blogskin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


Ini tutorial hanya untuk perkongsian kita semua yang berblogging ni. Walaupun tuto ni dah berzaman batu hang tuah lawan hang jebat, tapi saya dengan selamba keluarkan balik tuto ni hehehe.

1. Dashboard > Template
2. Tekan Ctrl + f serentak dan cari code
<body oncontextmenu='return.false;'><script type="text/javascript">
3, Kalau takde cari code dibawah ni pulak
<body oncontextmenu='return false;'>
5. Bila dah jumpa, delete code tu.
5. Preview dan save.

Credit to atiqahjaidin



Tips Beli Barang Secara Online

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Sejak akhir-akhir ni saya suka sangat dengan barang online. Tak kesahlah dia jual apa-apa pon baju ke, jam ke, tudung ke dan lain-lain. Rasa macam nak beli semua pon ada juga. Apa orang kata, rambang matalah bila tengok barangnya semua lawa-lawa.
Tapi bila nak beli barang online ni kene hati-hati. Kene selidik dulu sama ada peniaga itu betul-betul jujur atau dia hanyalah scammer yang suka kebas duit pelanggan. Di bawah saya ada sediakan tips-tips beli barang secara online;

Tips Beli dari Blog Niaga atau Blogshop

  • Jika anda mahu membeli dari blog niaga atau blogshop pastikan anda sudah blogwalking ke blog-blog tersebut untuk membuat perbandingan bagi produk yang sama.
  • Pastikan blog-blog niaga itu ada pendaftaran syarikat, alamat, email mahupun nombor telefon untuk dihubungi. Ini bagi membolehkan anda dilindungi dengan undang-undang terhadap sebarang penipuan.
  • Lihat tarikh post setiap entri berkaitan dengan produk. Jangan beli produk yang diterbitkan pada tarikh yang berzaman lamanya.
  • Bookmark blog tersebut di pelayar internet anda untuk rujukan kemudian hari. Ini juga membantu anda untuk mendapatkan produk dengan lebih murah dan buat perbandingan dengan lebih baik.
  • Hubungi pemilik blog niaga tersebut untuk bina keyakinan dan kepercayaan. Cara ini juga akan membantu anda untuk dapatkan harga diskaun dari blog tersebut.
  • Jika pemilik blog ada Facebook atau Google Profile add sebagai rakan.
  • Langgan newsletter blog niaga tersebut untuk terus mendapatkan entri terbaru mengenai produk yang dijual. Selalunya harga awal produk adalah lebih murah.
Tips Beli dari Facebook
  • Beli dari Facebook yang anda lihat ramai yang LIKE dan ada butiran mengenai pemilik atau peniaga tersebut.
  • Lihat post-post dalam Facebook tersebut, kadangkala ada post yang boleh anda dapatkan harga produk dengan harga jimat.
  • Jika ada contest atau giveaway, turut serta dengan aktif. Ini membina hubungan antara anda dengan pemilik Facebook tersebut,
  • Seperti blog juga, anda perlu pergi ke beberapa page Facebook lain untuk bandingkan harga produk.
  • Catatkan alamat, email atau nombor telefon pemilik atau peniaga Facebook tersebut.
  • Lihat butiran setiap gambar produk yang disediakan. Jika ada diberikan, berikan keutamaan. Jangan beli daripada peniaga Facebook yang tidak berikan butiran produk seperti harga, cara bayaran, cara pos dan sebagainya.
Sekian.



Freebies; Tukar Cover Photo Anda Kepada Stand With Gaza

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Selain dari profile picture I support Gaza, ada juga cover photo untuk kau orang. Yang profile picture 'I Support Gaza' tetapi untuk cover photo ini kita letak ' I Stand With Gaza' pula.



Di bawah ini dah tersedia cover photo dengan nama kosong tinggal nak letak nama kau orang sahaja.

Tukar Cover Photo kepada Stand With Gaza

Malaysia.

Tukar Cover Photo kepada Stand With Gaza 

Indonesia

Tukar Cover Photo kepada Stand With Gaza

Singapura

Tukar Cover Photo kepada Stand With Gaza

Brunei

Tukar Cover Photo kepada Stand With Gaza

Thailand

Tukar Cover Photo kepada Stand With Gaza

Filipina

Sumber; Aini Zakaria

#GazaUnderAttack #PrayForGaza
 #PrayForPalestine #FreePalestine
 #GazaUnderFire #BoycottIsrael
 #StandWithGaza