Hi
![]() ![]() Tapak ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Kebelakang Credits |
Inai Homemade
Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)
Sekarang dah ramai kan pakai inai. Inai 'colgate', inai daun. Tapi ade jugak orang pakai inai homemade. First nampak kawan pakai. Warna pink. Lawa. Ingat kan pakai kuitik, rupanya tak. Katanya buat sendiri. Takkan guna inai daun pulak kan? Puas buat research kat google. Dari bahan-bahan dia, cara dia senang je nak buat. Petik jari je tau!
Bahan-bahan;
1. Pencuci pinggan, sabun axion.
2. Mangkuk kecil.
3. Sudu kecil dan sudu besar.
4. Kapur sireh.
5. Pewarna makanan.
Tak banyak pon bahan-bahan dia.
Cara-cara;
1. Ambil 1 sudu besar sabun axion. Kemudian pindahkan ke dalam mangkuk.
2. 1/2 sudu kecil kapur sireh. Campurkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pewarna makanan. Tak kisah nak warna apa. Tapi jangan letak banyak sangat. Nanti cair.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Ratakan ke atas kuku menggunakan cotton bud.
CONTOH
p/s; Inai ini tak melekat pada kulit, so korang jangan risau. Dia hanya melekat di kuku sahaja. Tetapi pada sesiapa yang sensitif bila terkena kapur sireh dia akan rasa pedih-pedih. Sakit nye tu boleh tahan. Umpama terkepit kuku di celah pintu.
Sebab sebelum ni ada kes seorang kanak-kanak beli inai homemade kat kedai. Kuku kanak-kanak tu mereput dan bertukar warna hitam. Bahaya!
|
1 Comments:
Macam tu rupanya cara buat inai homemade tu. Banyak orang jualkan, nanti nak try buat sendiri guna 'resepi' nie. Haha
Post a Comment