Hi
![]() ![]() Tapak ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Kebelakang Credits |
Mengapa Hati Tidak Bahagia ![]()
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Kunci 3K ialah "Kejayaan, Kekayaan dan Kebahagiaan" yang datangnya dari hati yang bahagia dan tenang. Tetapi ada juga di kalangan kita yang hidupnya kurang bahagia. Kenapa? Apa penyebab utama yang menghilangkan kebahagiaan di hati kita? Di bawah ada senarai sifat-sifat yang membuatkan hati kita tidak bahagia.
1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat yang paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak tenang.
2. Pendendam
Sifat pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendan hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengki kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga. Lagipun, orang yang tamak selalu rugi. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Mungkin ada hak orang lain di situ.
6. Tidak sabar
Andainya, perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego. Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak. Takabbur dengan apa yang kita ada.
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Jadi letakkan lah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Perkongian untuk semua.
|
3 Comments:
Singgah dari segmen "Senarai URL blog Mia Liana
jemput singgah blog Wawa - KLIK
Blogwalking dari segmen URL Blog kak mia
Jom singgah irrayyan.com
안녕하세요! This is twinscraftlife. We are handcrafters! pls visit our blogshop~ We sell handmade bags, pouch, phonecase, bookmarks, notes and many more! 감사합니다~ 꼭오세요~ twinscraftlife.blogspot.com
Post a Comment