31 December 2012
Masa Yang Diberi Kepada Kita Dikurniakan Sesaat Demi Sesaat. Maka Kita Perlu Menggunakannya Sesaat Demi Sesaat :)
// Nadiathul Azman
Hi

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.

Entries About Stuff



Tapak


Tulislah yang baik-baik, walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk.

 Peminat
No harsh word here
URL blog not email
Please be nice
Respect others site


Kebelakang


Credits

Template By: Nurul AtiQah
Edited By: Nadiathul Kamaliah
Others:   



Takdir Dan Usaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Usaha kemudian Tawakkal kepada Allah SWT

Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir (Qada' dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi dan dengan itu tidak perlu berusaha. 

Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi manusia diberi pilihan-pilihan untuk mencorakkan hidupnya sendiri.

Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat "Mengapa kamu tidak menambat unta kamu?"

Orang Badwi itu menjawab "Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada Allah SWT"

Nabi Muhammad S.A.W kemudiannya menjawab, "Ikatkan dahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal."

Sesugguhnya umat Islam perlu percaya pada Qada' dan Qadar Allah dan perlu berusaha demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan risiko menanggung kerugian, dalam kes di atas, mengurangkan kebarangkalian hilangnya unta, barulah kemudian bertawakkal kepada Allah dan redha akan ketentuanNya.

Allah SWT berfirman;


إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib atau keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka (Ar-Ra'd; 11)

Doa

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡ

Dan Tuhan kamu berfirman; Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu (Al-Mukmin; 60)
Sabda Rasulullah S.A.W;

(لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ الدُّعَاءُ، وَلاَ يُزِيْدُ فِى الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرُّ) -الترمذي-

"Tidak ada yang boleh mengubah takdir Allah kecuali doa."

Ayat ini dapat difahami lebih mendalam bahawa doa disyariatkan dalam Islam pada dasarnya untuk mengubah nasib seseorang, sebab apalah gunanya seseorang berdoa kalau dia tidak mengharap perubahan daripada Allah. Baik perubahan umur dengan dipanjangkan umurnya atau mengharap rezeki dengan meminta ditambahkan rezekinya.

Ajal dan Silaturrahim

Firman Allah Ta'ala

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤

Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajal, tidak dapat mereka lambatkan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka percepatkan (Al-A'raaf; 34)

Sabda Rasulullah S.A.W
Siapa saja yang ingin dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah menyambung silaturrahim (Riwayat Bukhari)

Kalau dicermati dan direnungkan perlu diketahui takdir yang diberi kepada setiap insan itu bukan hanya satu takdir, bahkan ada beberapa takdir.

Contohnya, Allah menentukan ajal si fulan untuk hidup selama 60 tahun, di samping itu juga Allah bagi takdir lain untuk hidup sampai 70 tahun lamanya.

Sesuai dengan hadis di atas, kalau si fulan menyambung silaturrahim maka takdir kedua akan dicapai, tapi kalau tidak maka dia akan diberi takdir yang pertama iaitu akan hidup hanya sampai 60 tahun sahaja.

Dinyatakan oleh Ibnu Hajar dalam kitab "Fathu al-Baari", beliau menerangkan bahawa sesungghunya hadith dan ayat "Ta'jil" boleh digabungkan bersama, iaitu dengan memahaminya kepada dua bahagian.

Petama; Maksud penambahan adalah Allah menambahkan keberkatan hidup bagi seorang Mu'min yang menjalin silaturrahim.

Kedua; Hakikatnya adalah penambahan umur di mana seseorang yang menjalin dan menyambung silaturrahim akan ditambahkan umurnya secara angka.

Beliau pun memberikan contoh umur; misalnya, umur seseorang ditentukan Allah antara enam puluh tahun dan seratus tahun, takdir pertama (60 tahun) dinamakan sebagai Qadha'Mubram, sementara takdir kedua (100 tahun) adalah Qadha' Mu'allaq.

Wabak penyakit.

Dalam satu riwayat juga disebutkan bahawa tatkala Umar bin Khattab r.a dan rombongannya melakukan perjalan ke suatu tempat di Syria, beliau tiba-tiba dikhabarkan bahawa tempat yang dituju sedang dilanda penyakit wabak, kemudian Umar r.a bermusyawarah dengan rombongann untuk mencari jalan keluar, lantas Umar r.a dan rombongan sepakat untuk membatalkan perjalanan tersebut dan kembali ke Madinah, kemudian salah seorang sahabat yang bernama Abu Ubaidah tiba-tiba memprotes keputusan Umar yang tidak ingin melanjutkan perjalanan. 

فَقَالَ أَبُو عُبَيْدَة بْن الْجَرَّاحِ: أَفِرَارًا مِنْ قَدَرِ اللَّهِ؟ فَقَالَ عُمَرُ: لَوْ غَيْرُكَ قَالَهَا يَا أَبَا عُبَيْدَةَ – وَكَانَ عُمَرُ يَكْرَهُ خِلاَفَهُ – نَعَمْ نَفِرُّ مِنْ قَدَرِ اللَّهِ إِلَى قَدَرِ اللَّهِ
Abu Ubaidah bin al-Jarrah berkata; "Apakah kita hendak lari menghindari takdir Allah?"
Umar r.a menjawab; "Benar, kita menghindari suatu takdir Allah dan menuju takdir Allah yang lain."
Taqwa dan Tawakkal
Firman Allah Ta'ala
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا ٢ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا ٣
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengejarkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan sesiapa yang berserah diri (bertawakkal) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq; 2-3)
Corakkan kehidupan nila-inilai Islam.
Bersama usaha ke arah kemenangan Islam.
Credit iLuvIslam



1 Comments:

Blogger Anisnad said...

This is good content. Terima kasih sebab share kat blog awak. May Allah bless :)

July 17, 2014 at 11:08 PM  

Post a Comment