31 December 2012
Masa Yang Diberi Kepada Kita Dikurniakan Sesaat Demi Sesaat. Maka Kita Perlu Menggunakannya Sesaat Demi Sesaat :)
// Nadiathul Azman
Hi

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.

Entries About Stuff



Tapak


Tulislah yang baik-baik, walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk.

 Peminat
No harsh word here
URL blog not email
Please be nice
Respect others site


Kebelakang


Credits

Template By: Nurul AtiQah
Edited By: Nadiathul Kamaliah
Others:   



Tips Beli Barang Secara Online

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Sejak akhir-akhir ni saya suka sangat dengan barang online. Tak kesahlah dia jual apa-apa pon baju ke, jam ke, tudung ke dan lain-lain. Rasa macam nak beli semua pon ada juga. Apa orang kata, rambang matalah bila tengok barangnya semua lawa-lawa.
Tapi bila nak beli barang online ni kene hati-hati. Kene selidik dulu sama ada peniaga itu betul-betul jujur atau dia hanyalah scammer yang suka kebas duit pelanggan. Di bawah saya ada sediakan tips-tips beli barang secara online;

Tips Beli dari Blog Niaga atau Blogshop

  • Jika anda mahu membeli dari blog niaga atau blogshop pastikan anda sudah blogwalking ke blog-blog tersebut untuk membuat perbandingan bagi produk yang sama.
  • Pastikan blog-blog niaga itu ada pendaftaran syarikat, alamat, email mahupun nombor telefon untuk dihubungi. Ini bagi membolehkan anda dilindungi dengan undang-undang terhadap sebarang penipuan.
  • Lihat tarikh post setiap entri berkaitan dengan produk. Jangan beli produk yang diterbitkan pada tarikh yang berzaman lamanya.
  • Bookmark blog tersebut di pelayar internet anda untuk rujukan kemudian hari. Ini juga membantu anda untuk mendapatkan produk dengan lebih murah dan buat perbandingan dengan lebih baik.
  • Hubungi pemilik blog niaga tersebut untuk bina keyakinan dan kepercayaan. Cara ini juga akan membantu anda untuk dapatkan harga diskaun dari blog tersebut.
  • Jika pemilik blog ada Facebook atau Google Profile add sebagai rakan.
  • Langgan newsletter blog niaga tersebut untuk terus mendapatkan entri terbaru mengenai produk yang dijual. Selalunya harga awal produk adalah lebih murah.
Tips Beli dari Facebook
  • Beli dari Facebook yang anda lihat ramai yang LIKE dan ada butiran mengenai pemilik atau peniaga tersebut.
  • Lihat post-post dalam Facebook tersebut, kadangkala ada post yang boleh anda dapatkan harga produk dengan harga jimat.
  • Jika ada contest atau giveaway, turut serta dengan aktif. Ini membina hubungan antara anda dengan pemilik Facebook tersebut,
  • Seperti blog juga, anda perlu pergi ke beberapa page Facebook lain untuk bandingkan harga produk.
  • Catatkan alamat, email atau nombor telefon pemilik atau peniaga Facebook tersebut.
  • Lihat butiran setiap gambar produk yang disediakan. Jika ada diberikan, berikan keutamaan. Jangan beli daripada peniaga Facebook yang tidak berikan butiran produk seperti harga, cara bayaran, cara pos dan sebagainya.
Sekian.



1 Comments:

Blogger Cik nadya said...

nice sharing.

skrg pon minat btl belian online,., smpaii rambang woo.. leh guna la tips2 ni ^^

August 7, 2014 at 5:31 PM  

Post a Comment