31 December 2012
Masa Yang Diberi Kepada Kita Dikurniakan Sesaat Demi Sesaat. Maka Kita Perlu Menggunakannya Sesaat Demi Sesaat :)
// Nadiathul Azman
Hi

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.

Entries About Stuff



Tapak


Tulislah yang baik-baik, walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk.

 Peminat
No harsh word here
URL blog not email
Please be nice
Respect others site


Kebelakang


Credits

Template By: Nurul AtiQah
Edited By: Nadiathul Kamaliah
Others:   



Debaran Kini Terasa #SelamatHariRaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Hai semua. Alhamdulillah kita masih bernafas di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan sebelum kita bertemu dengan bulan Syawal esok. Pejam celik, pejam celik ehhh esok dah raya? Terasa cepat betulkan kita berpuasa. Dan saya sendiri rasa macam tu. Rasa sayu dan sedih pulak bila kita akan tinggalkan bulan Ramadhan ni. Agaknya, kita akan bertemu lagi ke bulan Ramadhan yang penuh mulia ini tahun depan? In Shaa Allah dengan izin Tuhan kita akan bertemu lagi. 

Sudah-sudah taknak sedih sedih! 

Persiapan untuk hari raya macam mane? Semua dah siap? Yelah bila tiba je hari raya, semua busy mengalahkan YB dengan Perdana Menteri kita hehehe. Rumah meriah dengan suara bising makcik-makcik yang dok sebok anyam ketupat, masak rendang && lain-lain sambil bergosip -.- tak lupa jugak rumah pun bertukar macam tranformers. Cat rumah bertukar jadi macam tadika, pagar dari bukak ke depan bertukar pulak bukak ke atas, langsir pun bertukar ganti macam langsir kat panggung wayang wahhh apa yang boleh dikatakan satu rumah tu tukarlah macam nak sambut sekali raya untuk tahun depan. Nampak semangat kat situ hahaha.

Tahun ni raya tak semeriah tahun-tahun yang lepas. Sekarang umur pun makin meningkat bukan menurun. Zaman kanak-kanak dah lepas, sekarang remaja yang sibuk dengan PT3 haiya! So perasaan raya tu tak rasa. Yang kedua, raya pertama tanpa arwah atok disisi. Hm rasa kehilangan. Walaupun sebelum ni pernah beraya bertahun-tahun tanpa arwah abah yang saya sangat rapat. Dan sekarang arwah atok. Tiada lagi kebahagiaan. Rasa rindu mula berputik :') hanya Al-Fatihah untuk mereka semoga tenang di sana. 

Malam raya apa buat? Main mercun pom pam pom pam buat sakit telinga aku je. Seelok nye malam raya kita buat ibadat dekat masjid lebih banyak pahala yang kita dapat malam raya ni. Aku buat apa malam raya? Online, updated blog, tweet, scroll facebook, tengok tv && pakai inai raya hahaha! Bosan kan? Kan aku dah cakap, raya tahun ni tak meriah dah so bosan lah. Moh kita tengok sat jari aku yang berinai setepek ni.

Embedded image permalink

Hahaha comel kan? 3jari cukuplah kang pakai semua kiri kanan siap cincin orang ingat kita dah kahwin pulak lagipun inai tak cukup hehehe. 

Alhamdulillah walaupun raya pertama bukan di kampung halaman tetapi di rumah sendiri dengan jiran sebelah menyebelah takda balik kampung, masak rendang, kari daging, kuah kacang, ketupat memang tak pernah lupa! Tengah hari set-set lepas bangun tidur,nak tolong mak kat dapur buat persediaan untuk esok. Dan tengok dapur pun dah macam hm kubu pertahanan. Dahsyat! 

Dah malam-malam ramai lah yang berdebar esok raya. Pepagi dah kene bangun mandi, solat raya, bersalam-salaman, bergambar, melawat saudara-mara hm bestnya. Teringat raya tahun lepas :')

Di kesempatan yang ada ni, saya Nadiathul Kamaliah Binti Zin Azman menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jikalau ada TERkasar, TERmaki, TERkutuk, TERngumpat kat kauorang semua yang mengenali diri ini dan tidak yang mengenali diri ini.
In Shaa Allah, semoga kita dapat buka lembaran baru, buku baru dan kukuhkan lagi ikatan ukhwah kita bersama umat Islam. Yang baik itu hanya dari Allah SWT dan yang mana khilaf itu adalah kekurangan daripada kita sendiri.

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17 && MH370.
Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan terima Qada' Qadar dari Allah SWT yang telah ditetapkan ni.
Tak lupa juga kepada saudara Islam kita di Palestine yang sedang bergolak. Sedang kita di sini gembira dan mewah dengan pakaian baru, kasut baru tapi ingatlah mereka di sana yang tidak dapat beraya seperti kita. Bedilan bom dari tentera zionis kiri dan kanan membadai rumah, masjid dan bangunan-bagunan, kanak-kanak & orang tua menjadi mangsa. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah :')


Mata kadang tersilap memandang,
Telinga kadang tersilap mendengar,
Mulut kadang terlepas berucap,
Hati kadang terlajak menduga,
Mohon maaf segala khilaf yang pasti ada,

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin untuk blogger-blogger semua :)



1 Comments:

Blogger Syazrahtarmin said...

Al-fatihah... selamat hari raya camilia :)

July 29, 2014 at 9:48 AM  

Post a Comment